Search This Blog

Saturday 21 December 2013

tips tambah susu ibu

bismillahirrahmanirrahim....

setelah sekian lama sy bercuti dr update blog sy yg takseberapa n krn baru melahirkan anak ketiga..now dah hari ke 37..alhamdullilah semuanya berjalan lancar..

sy di sini sy nak share dgn para mommies bagaimana nk tambah susu ibu,sebagaimana yg kite tau air susu ibu (ASI)` adalah yg terbaik utk anak..

TIPS UNTUK MEMBANYAKKAN ASI
1. kerap mengosongkan payudara,pam setiap 2-3 jam atau kerap susukan ank
2. minum sekurang2nya air 3 liter sehari
3. jaga diri supaya tidak terlalu letih dan jangan stress sebab badan yang
letih dan stress akan mengganggu penghasilan susu ibu
4. jaga tidur,pastikan cukup tidur
5. waktu pam susu,bayangkan wajah anak tercinta atau pandang anak,bagi yang
berjauhan ,tengok ganbar anak sebab ini ssangat membantu merangsang penghasilan susu ibu
6. bagi yang direct feeding,masa menyusukan ank,usaplah kepala anak,belailah
dia dengan kasih sayang kerana sentuhan itu akan merangsang pengeluaran susu
7. urut payudara,sambil urut tu jangan lupa doa pada Allah ya,doa supaya susu
kita dibanyakkan dan semoga Allah mencukupkan keperluan ank kita,pejamkan matta
dan bayangkan susu yang banyak sedang mengalir keluar dari payudara kita hanya
untuk ank tersayang
8. menyusu lebih lama,ikut kemahuan ank,jangan ikut jam ya,jangan hadkan waktu
menyusu
9. susukan ank pada waktu malam kerana waktu malam keadaan lebih tenang dan
susu lebih banyak terhasil pada waktu malam,baby juga boleh menyusu lebih lama
pada waktu malam
10. yang penting sekali,mesti yakin!!yakin anda mesti boleh susukan ank
anda,mesti boleh,mesti yakin!!!
11. zikir ya matin 70 kali,waktu terbaik pada waktu malam dan subuh
12. amalkan surah albaqarah ayat 60..

pemakanan ibu2 turut mmpengaruhi pghasilan ASI..jom sy senaraikan antara makanan yg blh mmbanyakkan ASI:

~makanan yang kaya vitamin B (kekacangan,dhal dan lain2)
~kurma/ kismis (makan begitu saja/hancurkan dan masukkan dalam susu
panas/rebus dan minum airnya)
~jambu batu dan betik
~lobak putih dan peria(buat sup atau jus)
~sawi,kacang panjang,kacang buncis,jagung muda(goreng/buat sup)
~daun/pucuk meranti(masak lemak putih/tumis air /goreng)
~õat(buat minuman,biskut,bubur/salukan pada makanan yang hendak dimasak)
~madu(jadikan pemanis dalam minuman/sapu pada roti/cicah lempeng susu
bersalut oat)
-air longan kering(rebus longan kering-boleh beli kat kedai ubat cina)
~sengkuang cina
~halba(masukkan dalam masakan)
~habbatussauda
~barli
~pucuk manis
~pegaga(buat ulam/jus)
~jantung pisang(masak lemak/celur)
~daun kucai(goreng dengan tauhu/tempe)
~pucuk/bunga betik
~ãir soya dan produk soya seperti tauhu,taufufa dan tempe
~ãir horlicks
~susu/produk tenusu
~teh hijau jepun
~makanan yang mengandungi yis seperti roti,donut ,tapai dan sebagainya
~bawang putih
~ãlfalfa
~makanan kegemaran ibu kerana dapat membangkitkan rasa gembira dan bahagia
sekaligus dapat merangsang pengeluaran susu ibu
 ~ tidak lupa pengambilan supplement

Yg telah trbukti brkesan dan yg sy amalkan adlah dgn pengambilan ESP DAN ALFALFA selain drpd amalan di atas  ^_^

Sebarang pertanyaan blh hubungi

iNa 019-3965506 

##harga dijamin terendah..blh buat survey
##dgn pembelian ini anda layak >>> utk follow secret group
                                                               >>> free consultancy sepanjang masa